Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bakal Jemaah Haji Maut...

KUANTAN - Hasrat seorang peneroka untuk menunaikan ibadah haji tidak kesampaian selepas maut...

Cerai Talak 3, Ibu...

DALAM kesedihan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, ada pula satu...

Lima Rakan Terlepas Hukuman...

MELAKA: Linangan air mata membasahi pipi lima rakan termasuk seorang wanita selepas Mahkamah...

Pangku Menteri Pendidikan Sementara...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau akan melepaskan...

JKKP Selangor Siasat Pekerja Maut Dilibas ‘Billet’ Besi

Klang : Seorang pekerja kilang pembuatan logam dekat sini maut dipercayai akibat dilibas billet besi yang diangkat menggunakan overhead travelling crane (OTC) dalam kejadian 29 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, dalam kejadian pada 10 pagi itu, lelaki tempatan berusia 51 tahun disahkan maut akibat insiden itu.

Justeru itu, JKKP Selangor mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan, sejurus selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

“Daripada siasatan awal yang dijalankan, JKKP Selangor mendapati mangsa menjalankan kerja penyenggaraan tundish yang terletak di laluan OTC.

“Bagaimanapun, selepas meletak billet besi di bahagian scrap yang diangkat dari tempat pengumpulan, operator OTC menyedari mangsa sudah terbaring dalam keadaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.


“Susulan daripada siasatan berkenaan, JKKP Selangor mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian, kepada pihak majikan dan Notis Larangan Serta-merta turut dikeluarkan bagi menghentikan kerja-kerja mengangkat menggunakan OTC,” menurut JKKP Selangor dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Notis Pembaikan turut dikeluarkan untuk mengadakan prosedur kerja selamat bagi kerja penyenggaraan jentera.

“JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori