Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Nafi Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan,...

Nak Selamatkan Dunia? Anda...

MUNGKIN kedengaran canggung, namun, seorang menteri Perancis menggesa agar seluruh masyarakat dunia menghentikan tabiat...

Skim Latihan Semula Lebih...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan...

Mahadzir Lokman Kini Semakin...

AHAD lalu, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita sedih pengacara, Datuk Mahadzir...

Kanak-Kanak Myanmar Dicampak Bapa Ke Lebuh Raya Sudah Stabil

KUALA LUMPUR : Kanak-kanak warga Myanmar yang sebelum ini kritikal kerana dicampak bapanya ke lebuh raya dari ketinggian 20 meter di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kepong, sudah dipindahkan ke wad biasa, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata, kanak-kanak terbabit sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, dipindahkan ke wad biasa.

Beliau berkata, pihaknya akan menemubual kanak-kanak itu nanti bagi merakam keterangannya.

“Selepas itu, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dalam kejadian 2 Ogos lalu, seorang lelaki warga Myanmar mencampak tiga anaknya pada ketinggian kira-kira 20 meter dari jejambat di MRR2 dekat Kepong, di sini, menyebabkan dua daripada mereka maut dan seorang kritikal.

Lelaki berusia 38 tahun itu juga kemudiannya turut terjun ke lebuh raya berkenaan menyebabkan dia turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori