Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

NS Lancar Tabung, Misi...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan melancarkan ‘Tabung dan Misi Kemanusiaan Kerajaan Negeri Sembilan...

Awas! Udang Palsu Masuk...

SEBELUM ini, ada sahaja laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam...

Apa Pulak Ni? Indonesia...

SETELAH panas dengan beberapa isu 'kecurian' yang didakwa Indonesia terhadap Malaysia sebelum ini...

Jabatan Imigesen Kelantan Tahan...

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan 28 pendatang asing tanpa izin dalam Ops Ikrar...

Kartel Dadah Mexico Balut Mayat Seperti Mumia

BANDAR RAYA MEXICO – Anggota-anggota sebuah kartel dadah dilaporkan membunuh dua orang, membalut mangsa menggunakan pita pelekat dan membuang mayat mereka berhampiran sebuah sekolah di bandar Colima, Mexico, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dua mayat itu ditemui pada 1 Ogos lalu manakala dua lagi mayat dijumpai pada keesokan harinya. Seorang mati di atas jambatan dan seorang lagi dikerat badannya.

Walaupun tidak jelas mengenai kumpulan yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu, laman berita Borderland Beat melaporkan bahawa mayat-mayat itu ditemui di kawasan yang dikawal oleh kumpulan Kartel Generasi Baru Jalisco (CJNG) dan ketua kumpulan yang berpecah daripada CJNG, La Vaca.

Mayat-mayat itu berkemungkinan menjadi mangsa pembunuhan balas dendam antara dua kumpulan tersebut.

Mangsa yang dibalut dengan pita pelekat ditemui oleh penduduk berhampiran sekolah menengah Manuel Alvarez di kejiranan San Isidro, Colima.

Mereka didakwa sebagai seorang bapa dan anak lelakinya yang diculik sehari sebelum ditemukan, namun ia belum disahkan.


Beberapa saksi berkata, pembunuh-pembunuh berpakaian hitam dan membawa senjata api memberhentikan kereta mangsa sebelum mengikat dua beranak itu di dalam kenderaan lain.

Mayat ketiga ditemui sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu di atas jambatan di bandar El Trapiche, utara Colima. Sekeping nota ditemui di sebelah mayat itu tetapi pihak berkuasa tidak mendedahkan kandungannya kepada umum.

Pembunuhan mangsa keempat dan paling mengerikan dilaporkan sekitar tengah hari pada Selasa lalu. Seorang pemanggil misteri menemui anggota badan manusia yang dikerat di perbandaran Cuauhtemoc berhampiran sempadan Colima dan Jalisco.

Pegawai polis dan tentera yang menjawab panggilan itu dan menemui tubuh seorang lelaki bersama sekeping nota.

Dua kaki manusia kemudian ditemui di bandar Alzada disyaki milik tubuh lelaki tersebut.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori