Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kematian Menantu TPM: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan 11 individu dalam siasatan berhubung kematian...

Kotak Hitam Pesawat QZ8501...

KOTAK hitam (perakam data penerbangan) pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas bulan lepas berjaya...

Pengurus Juventus Rebut Kerusi...

PENGURUS Juventus, Juventus Massimiliano Allegri tampil sebagai salah seorang yang mahu mengambil alih...

Library MMU Diceroboh Babi...

PUTRAJAYA - Kerja membersih dan menyamak ruang dalam perpustakaan Multimedia University (MMU) di...

Kerajaan Digesa Tubuh RCI Siasat Skandal LCS

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion, yang sepatutnya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata hanya melalui RCI yang telus dan berwibawa, petualang di sebalik skandal itu akan dapat didedahkan dan dikenakan tindakan sewajarnya demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara tidak dipertaruhkan.

Katanya, RCI itu juga akan memastikan ketelusan dalam siasatan dan memastikan mereka yang bersekongkol dengan rasuah didedahkan.

“Saya juga menyokong tindakan SPRM menyiasat perkara ini. SPRM mesti diberikan kebebasan dan kuasa untuk menyiasat sepenuhnya.

“Apa yang membimbangkan ialah ‘tangan-tangan ghaib’ di sebalik skandal ini sedang cuba mengelak dan enggan bertanggungjawab ke atas skandal ini, sedangkan semua rakyat tahu mereka yang terbabit tidak malu langsung untuk merompak harta negara untuk kepentingan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.


Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan, dengan kos keseluruhan sebanyak RM9 bilion. Kontrak bagi projek itu bermula pada 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.

Khamis lalu, PAC dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima, setakat ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Wan Saiful berkata, jika tiada siasatan telus yang dijalankan, skandal pembelian LCS itu akan menjadi satu lagi skandal mega seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mencemarkan nama negara di mata dunia dan mengaitkan Malaysia dengan skandal rasuah dan salah laku.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori