Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gaya Santai Sandra Bullock...

PELAKON serba boleh, Sandra Bullock baru-baru ini kembali menghangatkan industri perfileman Hollywood apabila...

Pembayaran Elektronik Sepenuhnya Di...

KUALA LUMPUR - Pembayaran tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit...

Malaysia Sasar 11,000 Kaunselor...

PUTRAJAYA - Kerajaan menyasarkan Malaysia mempunyai 11,000 kaunselor profesional menjelang 2020, kata Timbalan...

Biar Papa Asal Bergaya:...

SUATU hari, di celah-celah kesibukan kota metropolis, kelihatan 'dia': seorang gadis muda bertata rias...

Kerajaan Salur RM20.936 Bilion Program Subsidi Upah, Kekal Pekerja Tempatan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan, setakat 29 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata langkah itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Beliau berkata, di bawah PSU 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan mencecah nilai RM12.958 bilion, setakat 29 Julai lalu.

Bagi PSU 2.0, katanya, sejumlah RM1.408 bilion disalurkan kepada 81,165 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 719,185 pekerja.

“Di bawah PSU 3.0, setakat tempoh sama, sebanyak RM3.776 bilion disalurkan kepada 162,317 majikan untuk mengekalkan penggajian 1.53 juta pekerja.

“PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-107, yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, di bawah PSU 4.0, dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sebanyak RM2.577 bilion disalurkan kepada 163,970 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 1.92 juta pekerja, setakat 29 Julai 2022.


Bagi PSU 5.0, katanya, sebanyak RM216.719 juta disalurkan kepada 8,014 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 122,437 pekerja.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, seramai 40,095 orang berjaya ditempatkan di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui inisiatif Program Kerja Jangka Pendek Malaysia (MySTEP), setakat 5 Ogos 2022.

Daripada jumlah itu, katanya seramai 20,773 orang ditempatkan di sektor awam, manakala 119,322 orang lagi di GLC dan rakan strategik mereka.

Selain itu, bagi memastikan tempat untuk anak muda Orang Kelainan Upaya (OKU) menceburi bidang pekerjaan, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus peluang penempatan untuk program MySTEP kepada golongan berkenaan.

“Kerajaan amat menggalakkan warga OKU mengambil kesempatan ini dan memohon penyertaan melalui Portal MySTEP,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori