Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO : Ustaz Kazim!!...

TUMPAT (Kelantan) - Aura pendakwah bebas Ustaz Mohamad Kazim Elias memang terbukti hebat...

Google Silap Terjemah Nama...

PENDUDUK di barat laut Sepanyol merah padam apabila Google Translate telah melakukan kesilapan dengan...

PBSM Terengganu Lantik Ummi...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Terengganu kini giat menjalankan kempen...

Mourinho Dedah Alasan Gugurkan...

JOSE Mourinho mendakwa dia menggugurkan Romelu Lukaku dan Paul Pogba dalam kesebelasan utama...

Kes SRC: Peguam Najib Tak Kemukakan Hujahan Rayuan Akhir

PUTRAJAYA : Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik memilih untuk tidak mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, Hisyam yang sepatutnya terlebih dulu berhujah sebelum dibalas oleh pendakwaan, memilih untuk bersandarkan kepada hujahan yang dikemukakan Najib ketika di peringkat Mahkamah Rayuan.

Sejurus mahkamah memutuskan untuk tidak menerima permohonan Hisyam menarik diri daripada mewakili Najib, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat yang memerintahkan prosiding rayuan akhir itu dimulakan.

Tengku Maimun: Kamu mahu mengemukakan hujahan lanjut?

Hisyam: Tidak

Tengku Maimun: Adakah kamu sahkan bahawa kamu tidak ada apa-apa untuk dinyatakan berhubung 94 alasan dalam petisyen rayuan ini?


Hisyam: Saya tiada apa-apa untuk dinyatakan.

Tengku Maimun: Jadi adakah kamu bergantung kepada hujahan daripada Mahkamah Rayuan mengenai penemuan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi?

Hisyam: Hujahan daripada yang terdahulu, Ya.

Tengku Maimun kemudian berkata, oleh kerana rayuan akhir itu membabitkan kepentingan awam, mahkamah dengan itu memanggil pendakwa raya untuk mengemukakan hujahan terlebih dahulu untuk memberikan peguam perayu lebih masa untuk bersedia dengan rayuannya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori