Pakatan Harapan (PH) gabungan parti politik paling hipokrit dalam sejarah politik Malaysia.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) mempertahankan Najib Razak sebagai menyerang institusi kehakiman.
BN dalam setiap kenyataannya sentiasa menegaskan bahawa mereka menghormati institusi kehakiman.
Namun juga menegaskan mereka berhak menyatakan sokongan dan pendirian tentang kes tersebut.
Begitu sopan dan tertib para pemimpin BN dalam meluahkan pendapat mereka. Tetap berpegang kepada ‘rule of law’.
Ini sama sekali berbeza dengan pendekatan pemimpin PH semasa mereka bergelar Pakatan Rakyat (PR).
Tentunya semua masih ingat mereka menghasut rakyat ke jalan raya sewaktu kes liwat dihadapi Anwar Ibrahim.
Demonstrasi demi demonstrasi diadakan untuk mengambarkan kepada rakyat bahawa Anwar telah dianiaya.
Usah buat-buat lupa `Kempen Rakyat Hakim Negara’ menjelang keputusan kes liwat pada 10 Februari 2015.
Pemimpin PH ketika itu menjelajah ke seluruh negara untuk menegaskan bahawa Anwar tidak bersalah.
Bukankah itu adalah satu serangan yang paling jelas dan nyata terhadap institusi kehakiman?
Tetapi apabila pemimpin BN bersuara secara berfakta mereka tuduh ia serangan terhadap institusi kehakiman.
Dengan demikian terserlahlah betapa hipokrit, pembongak lagi pengadu domba gabungan politik PH.
-Mynewshub