Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 2 Lelaki...

IPOH - Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan...

PRU15: PEJUANG Akan Jaga...

DENGKIL : Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan memberi perhatian kepada penjawat awam...

Perkembangan Belajar Anak Perlu...

SANDAKAN - Peranan ibu bapa dan penjaga penting dalam memastikan proses pembelajaran terus...

Polis Tahan Pelacur Di...

GEORGETOWN - Taktik sindiket pelacuran yang menjadikan sebuah rumah sebagai tempat operasi mereka...

K’jaan Digesa Batal Pembekuan Sementara Pengambilan Pekerja Asing

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang akan membekukan sementara permohonan pengambilan pekerja asing selama dua minggu, iaitu dari 15 Ogos hingga 31 Ogos.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden FMM Soh Thian Lai berkata prosedur permohonan pekerja asing tidak sewajarnya dihentikan kerana ia akan mengganggu pemulihan ekonomi sedia ada.

“Ia menimbulkan kekeliruan serta kebimbangan dalam kalangan pemain industri kerana ramai majikan masih dalam proses menggantikan pekerja mereka yang telah diberhentikan sewaktu pandemik Covid-19 berikutan pembekuan pengambilan pekerja sejak dua tahun lalu,” katanya.

Kata Soh, sesetengah majikan juga dalam proses mengembangkan perniagaan mereka berikutan permintaan yang meningkat.

“Penggantungan pemprosesan permohonan pekerja asing yang kerap ini mengganggu industri-industri dalam memperoleh pekerja, walaupun industri-industri terus berdepan pelbagai cabaran dengan operasi mereka, termasuk kekurangan buruh yang menjejaskan keupayaan mereka untuk beroperasi pada kapasiti maksimum, yang kini dalam fasa pemulihan perniagaan,” katanya.

Penggantungan sebelum ini ialah antara 1 Jun dan 15 Jun.

“Majikan memerlukan lebih masa untuk kemukakan permohonan kerana keperluan pekerja bergantung kepada projek dan pesanan.


“Pemberhentian dan sebarang perubahan kepada prosedur akan menjejaskan perancangan tenaga kerja industri, yang akan membawa kepada ketidakupayaan mereka untuk memenuhi projek dan pesanan mereka,” katanya.

Kekurangan pekerja yang serius

Soh menambah, masih terdapat banyak permohonan yang belum selesai diproses dan diluluskan, dan industri memerlukan sistem pemprosesan yang sangat efisien untuk ke arah pemulihan yang cepat.

“Oleh itu, FMM mengulangi gesaan kami agar Kementerian Sumber Manusia mengekalkan prosedur dan syarat permohonan sedia ada, memandangkan kekurangan buruh yang dihadapi sekarang amat serius dan menjejaskan pemulihan perniagaan,” katanya.

Pada 10 Ogos, dilaporkan bahawa permohonan untuk pengambilan pekerja asing akan digantung dari 15 Ogos hingga 31 Ogos.

Kementerian memaklumkan penangguhan itu bagi membolehkan semakan ke atas tatacara permohonan pekerja asing susulan pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang berkuat kuasa pada 1 September.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori