Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Datuk Siti Anjur Kempen...

PENYANYI tersohor dan nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengadakan kempen...

Tomok Ajar Anak Menabung...

PENYANYI Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail; 32, berusaha menerapkan pendekatan kepentingan...

Lewat Bayar Sewa, Uji...

BERITA diusir dari rumah akibat lewat bayar sewa membuatkan primadona Uji Rashid atau...

Dua Bayi Dibeku Hidup-Hidup...

MAYAT dua bayi ditemukan 'dibekukan hidup-hidup' di sebuah rumah di Ukraine. Mirror melaporkan menurut...

KPDNHEP Sasar Jualan Produk Tempatan Meningkat RM80 Juta

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan peningkatan 2.5 peratus atau RM80 juta berbanding tahun lalu bagi nilai jualan produk menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata sebanyak RM3.2 bilion nilai jualan produk jenama tempatan menerusi KBBM direkodkan pada tahun lalu.

“Dengan perkembangan pemulihan ekonomi yang semakin rancak ketika ini, kementerian menyasarkan peningkatan sebanyak 2.5 peratus nilai jualan bagi tahun ini, berbanding RM3.2 bilion nilai jualan produk jenama tempatan menerusi KBBM pada 2021.

“Dengan promosi berterusan KBBM, kementerian yakin ia dapat melonjakkan permintaan barangan tempatan dalam pasaran,” katanya selepas sambutan Ulang Tahun Ke-65 Mydin di Mydin Mall Seremban 2, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali.

Rosol berkata, selain faktor pemulihan ekonomi, sokongan pemain industri dan program daripada kerajaan sendiri, membolehkan kementerian dapat mencapai sasaran berkenaan.


Katanya, sempena kehadiran Bulan Kemerdekaan, pihaknya berharap semangat patriotisme dapat menyemarakkan kempen membeli barangan buatan negara ini, namun meminta masyarakat tidak berhenti menyokong KBBM atau terhad pada bulan tertentu saja.

Sementara itu, Rosol berkata, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dijenamakan semula sebagai Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) bermula minggu ini yang menawarkan barangan pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada biasa.

“Ia bagi membolehkan rakyat berbelanja dengan harga lebih rendah,” katanya.

Ameer pula mencadangkan kerajaan memasukkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam kotak bantuan kepada rakyat.

“Selain itu, bagi program JMKM, saya meminta KPDNHEP mengutamakan produk PKS sebagai tanda sokongan. PKS kita mempunyai banyak produk barangan asas seperti sardin, kopi, teh dan bihun,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori