Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pelantikan Transgender Rania Zara...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini berkata pelantikan seorang transgender, Rania Zara...

Beri Bantuan Kepada Mangsa...

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan memberikan bantuan bersesuaian kepada mangsa yang cedera...

VIDEO: ‘Jamuan Istimewa’ Untuk...

Seperti kita ketahui pusat urut kaki bercambah bagai cendawan di sekitar Lembah Klang...

ADUN Pujut: DUN Sarawak...

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diminta supaya memberi perhatian...

Lapisan Ais Terbesar Dunia Berisiko Tingkatkan Paras Air Laut

LONDON : Satu kajian mendedahkan lapisan ais terbesar di dunia berisiko menyebabkan paras air laut meningkat `beberapa meter’ dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Situasi itu boleh berlaku sekiranya suhu global meningkat lebih dua darjah Celsius.

Para penyelidik di Durham University memaklumkan sekiranya pelepasan gas rumah hijau global berada pada tahap tinggi, maka pencairan Lapisan Ais Antartika Timur (EAIS) boleh menyebabkan hampir setengah meter kenaikan paras laut menjelang 2100.

Analisis kumpulan penyelidik itu diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature.

Sekiranya pelepasan kekal tinggi melebihi tahap itu, maka EAIS berisiko menyumbang peningkatan sekitar satu hingga tiga meter paras laut menjelang 2300 serta dua hingga lima meter pada 2500.

Bagaimanapun, jika pelepasan gas rumah hijau berkurangan secara mendadak, EAIS dijangka menyumbang kira-kira dua sentimeter (cm) peningkatan paras laut menjelang 2100.


Angka ini menunjukkan jauh lebih rendah berbanding pencairan ais di Greenland dan Antartika Barat.

“Kesimpulan penting daripada analisis ini adalah nasib EAIS kini berada di tangan kita.

“Setakat ini, lapisan ais ini adalah yang terbesar di Bumi, malah bersamaan 52 meter paras laut. Jadi adalah sangat penting untuk tidak menjejaskannya,” kata pengarang utama kajian, Chris Stokes.

Kumpulan penyelidik yang membabitkan saintis dari Britain, Australia, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) menganalisis bagaimana lapisan ais bertindak balas terhadap tempoh suhu panas ketika membuat ramalan.

Para penyelidik menjalankan simulasi komputer untuk memodelkan kesan tahap pelepasan gas rumah hijau yang berbeza dan suhu pada lapisan ais menjelang tahun 2100, 2300 dan 2500.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori