Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Marawi Umpama ‘Bandar Hantu’...

UMPAMA sebuah bandar hantu... Itu keadaan terkini di Marawi, selatan Filipina selepas tamat...

Muhyiddin Serah Borang Parti...

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan permohonan...

Pesara Guru Maut Akibat...

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara guru maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh...

Mangsa Banjir Kekal 631,...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di daerah Serian, Sarawak, kekal 631 orang daripada...

Laporan Perubatan Elemen Penting Sahkan Dakwaan Kanak-kanak Autisme Didera

JOHOR BAHRU: Polis masih menunggu laporan perubatan berhubung kecederaan dialami seorang kanak-kanak autisme untuk menentukan sama ada mangsa didera atau cedera disebabkan faktor lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata sehingga kini kertas siasatan hampir lengkap dan pihaknya yakin laporan perubatan itu sebahagian elemen paling penting dalam siasatan kes yang didakwa membabitkan penderaan itu.

Selain itu, katanya pihak polis juga sudah selesai merakam percakapan doktor pakar, ibu mangsa selain kakitangan pusat terapi itu dan memerlukan sedikit masa lagi untuk mendapat laporan penuh yang dikeluarkan pakar dalam masa terdekat.

“Kita hendak pastikan bahawa kesan lebam pada tubuh kanak-kanak itu apakah ia disebabkan didera atau faktor luaran termasuk elemen mencederakan diri sendiri.

“Saya sudah minta dan beri arahan kepada Ketua Polis Daerah jika sahih penderaan berlaku, sila ambil tindakan segera serta buat tangkapan pelaku berkenaan,” katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.


Kelmarin, polis dilapor merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang didakwa didera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai dekat sini, pada awal bulan lalu.

Mereka membabitkan tiga ahli terapi di pusat terbabit serta seorang pegawai perubatan.

Khamis lalu, seorang ibu dilapor kesal apabila anak istimewanya yang dihantar untuk menjalani terapi, disyaki didera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai sejak awal tahun ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori