Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sedih, Anak Kucing Kelaparan...

SEDIH... Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila melihat tiga ekor anak kucing masih berada...

Kompaun Lebih Tinggi Bagi...

PUTRAJAYA: Tindakan undang-undang tegas dan kompaun lebih tinggi akan dikenakan kepada pesalah yang...

Cedera Terkena Tembakan Rakan...

JELEBU - Seorang lelaki cedera di perut selepas terkena tembakan yang dilepaskan rakannya...

Bakal Doktor Gigi Dinobatkan...

MANILA - Seorang pelajar pergigian berusia 23 tahun dari Perancis telah dimahkotakan gelaran Ratu Universe...

Lelaki Letak ‘Pod’ Vape Pada Mulut Bayi Dikecam

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna laman Twitter berang susulan tindakan ‘kurang cerdik’ seorang lelaki meletakkan ‘pod’ vape pada mulut seorang bayi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi perkongsian di laman Twitter @MALAYSIAVIRALL, kelihatan lelaki berkenaan dengan sengaja meletakkan pod berkenaan ketika bayi itu berada di pangkuannya.

Berdasarkan klip video berdurasi 15 saat itu, kelihatan mulut bayi berkenaan seolah-olah sedang menghisap ‘pod’ vape tersebut.

Dipercayai lelaki tersebut adalah bapa kepada bayi berkenaan, manakala perakam video berkenaan adalah isterinya.

Susulan perkongsian itu, pengguna Twitter menyelar perbuatan pasangan terbabit kerana boleh membahayakan kesihatan bayi mereka.


“Kesiannya kat awak dik, dapat bapak yang musibat macam ni,”ciap @syamilaazizaN

“Antara kesan kenaikan harga susu bayi terpaksa menyusukan anak dengan benda alah ni,”kata @Waibisocmed.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @lalisha181.

“Mesti nanti mak bapa dia ckp ‘ala letak kat mulut je pun, bukan budak tu sedut’,”tulisnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori