Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MH17: Malaysia Ulangi Tekad...

PUTRAJAYA - Malaysia tegas dalam usahanya mendapatkan keadilan untuk mangsa penerbangan Malaysia Airlines...

Polis Tawau Tahan 2...

TAWAU - Polis menahan dua suspek kes pecah kereta di sebuah hotel di...

Prinsip Akta Hasutan Perlu...

KOTA KINABALU - Perkara asas dalam Akta Hasutan 1948 bagi memelihara keamanan, perpaduan...

Mungkin Ini Pekerjaan Paling...

KALAU anda ada pekerjaan, tetapi asyik mengeluh dan merungut sepanjang hari, maka jadikanlah...

Lelaki Maut Digilis Lori Dipandu Sendiri

MARANG: Seorang lelaki maut selepas digilis lori yang dipandunya di kawasan pembinaan tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Merchang di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, mangsa, Nasaruddin Nasir, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala.

Kejadian dipercayai berlaku ketika lori dipandu mangsa menuruni bukit di tapak pembinaan dan menghala ke bengkel lori.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, lori dipandunya hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terjunam di curam yang berketinggian kira-kira tiga meter.


Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada cermin hadapan sebelum kepalanya digilis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori