Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Awek Borak Dengan...

RAKAMAN video seorang gadis berbual dengan polis selepas ditahan kerana dikatakan cuba mencuri...

Bekas Pengurus Besar Anak...

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB)...

UMNO Perlu Giat Usaha...

PONTIAN - Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menggiatkan usaha bagi meningkatkan...

Mohon Maaf Video Ayat...

DISEBABKAN penyebaran video temuramahnya bersama beberapa individu demi mempromosikan sebuah produk, pelakon Zalfa...

Lesen GDL Tidak Dikenakan Kepada Penunggang, Penghantar P-Hailing

SHAH ALAM – Lesen Good Driving Licence (GDL) tidak akan dikenakan kepada penunggang (rider) penghantar p-hailing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diputuskan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika sesi dialog bersama Pemuda UMNO, Setiausaha Politik Perdana Menteri dan wakil Persatuan Penghantar p- hailing Malaysia (Penghantar).

Menurut beliau, beberapa persetujuan lain turut dicapai dalam pertemuan berkenaan termasuk satu mekanisme pendaftaran vokasional baharu yang tidak akan membebankan penghantar akan diperkenalkan.

“Ini termasuk memberikan moratorium atau caj paling minima dan nominal.

“Rekod ini penting bagi memastikan kerajaan punya mekanisme untuk menyalurkan apa jua bantuan secara efektif dan melakukan kawal selia aspek kebajikan penghantar,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebooknya, pada Khamis.

Selain itu kata Asyraf Wajdi, persetujuan turut dicapai apabila wakil Persatuan Penghantar Malaysia akan dilibatkan dalam sebarang Task Force atau libat urus kementerian yang melibatkan pindaan Akta-Akta berkaitan menyentuh hak, kebajikan dan kepentingan rider (penghantar).

“Kementerian Pengangkutan juga bersetuju mengambil kira Pelan Penambahbaikan Eko-Sistem Ekonomi GIG P-Hailing yang dibangunkan bersama oleh Pemuda UMNO, penghantar dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

“Cadangan lain termasuk penetapan harga lantai kadar upah bayaran perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesanan; menggesa syarikat-syarikat penyedia (Grab, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain) dan menambah baik sistem peta digital di aplikasi syarikat penyedia supaya jarak perjalanan adalah selaras dengan sistem peta aplikasi di Google atau Waze.

Menurutnya, pelan Keselamatan Operasi Rakan Penghantar P-Hailing seperti muatan barangan yang dibawa, tempoh masa ditetapkan dalam penghantaran makanan dan barangan juga akan ditingkatkan.

“Penghantar turut menggesa syarikat penyedia memberi perlindungan kemalangan dan telus dalam terma dan syarat tuntutan,” katanya.


Menurut Asyraf Wajdi, semua rider penghantar diwajibkan mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso dengan kerajaan memberi insentif sebanyak 80 peratus.

“Akhir sekali menteri juga menyokong dengan resolusi utama persidangan meja bulat dianjurkan Pemuda UMNO Malaysia dengan wakil-wakil penghantar seluruh Malaysia pada 20 September 2021.

Katanya, terdapat tiga resolusi utama dicadangkan antaranya status individu terlibat di dalam industri e-hailing dan p-hailing diiktiraf sebagai pekerja serta dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan akta-akta berkaitan.

“Mewujudkan sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan-peraturan (regulations) yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar bagi menjamin kebajikan, keselamatan dan hak semua.

“Perlindungan diri penghantar juga haruslah terjamin dengan memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial (KWSP dan Perkeso) khas penghantar di Malaysia,” katanya.

Asyraf Wajdi turut memberitahu, Menteri Pengangkutan memberi jaminan moratarium diberikan untuk pendaftaran kali pertama kelak.

“Tapi kalau lepas tu jika kena bayar sekalipun, Menteri bagi jaminan bahawa nilainya nominal berbentuk token dalam RM1atau RM2 sahaja,” katanya.

Pemuda UMNO melalui Sekretariat Pekerja Muda yang dipengerusikan Fairuz Jamaludin Ledang akan terus memantau segala yang dipersetujui demi memastikan hak, kebajikan dan keselamatan anak-anak muda terlibat dalam industri p-hailing dan e-hailing ini sentiasa terbela dan terpelihara.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori