Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bekas Jurujual Dipenjara 3...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas jurujual dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan...

Seorang Lelaki Miliki Pistol,...

TELUK INTAN - Gara-gara mengejar dan mengugut seorang pemandu lain, seorang lelaki ditahan...

Mercedes-Benz Akan Terus Melabur...

KUALA LUMPUR - Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd akan terus melabur di Malaysia biarpun...

Wanita OKU Rentung Dalam...

SEREMBAN - Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah...

Mahkamah Australia Denda Google AS$42.7 Juta Kerana Penipuan Data Peribadi

MOSCOW: Mahkamah Persekutuan Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AU$60 juta (AS$42.7 juta/RM189.77 juta) terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna, lapor Sputnik, memetik Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan Google LLC membayar penalti sebanyak AU$60 juta (RM189.77 juta) kerana membuat representasi mengelirukan kepada pengguna tentang pengumpulan dan penggunaan data peribadi mereka pada telefon Android antara Januari 2017 dan Disember 2018,” menurut ACCC dalam satu kenyataan.

Google dilaporkan telah melanggar Undang-undang Pengguna Australia dengan memberi jaminan kepada sesetengah pengguna Android bahawa tetapan ‘Sejarah Lokasi’ adalah satu-satunya tetapan yang mengumpul dan menggunakan data peribadi berkaitan, sedangkan tetapan lain seperti ‘Aktiviti Web dan Apl’ turut berfungsi mengumpul maklumat yang sama.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori