Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khalid Bimbang Penyertaan Himpunan...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Pakatan Harapan (PH) didakwa...

Empat Bencana ‘Dahsyat’ Berkait...

SECARA kebetulan fenomena gerhana bulan yang bakal berlaku esok juga akan memaparkan fenomena...

Kronologi Tanah Runtuh Di...

GEORGE TOWN – Berikut rentetan kejadian tanah runtuh dalam tempoh 2017 dan 2018...

Johor Tubuh J/kuasa Pemandu...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan bagi...

Mahkamah: Lelaki Dituduh Tetak Jaga Berdepan Hukuman Mati

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan pada Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, R.Subramaniam, 41, pada semalam mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa, Ismail Ahmad, 58, di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen di sini.

Pertuduhan pada hari ini kemudian dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas pengawal keselamatan terbabit meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada petang semalam.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.


Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian terhadap Ismail di kawasan pos pengawal di tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Banyan di sini pada pukul 4.40 petang, 4 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori