Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Irfan Bakti Terkilan Skuad...

KUALA TERENGGANU – Walaupun berpuas hati dengan persembahan skuad Penyu ketika menentang Johor...

Penyelidik, Industri Digesa Manfaat...

KUALA LUMPUR - Penyelidik dan pemain industri digesa memanfaatkan khidmat nasihat dan kepakaran...

Banyak Lagi Akan Dikorban...

BARU-BARU ini diumumkan oleh perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bantuan kewangan...

Sajjad Tak Selesa Berpakaian...

TIDAK selesa berpakaian lelaki dipercayai antara penyebab ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz...

Malaysia Bakal Terima Pelaburan Hampir RM34 Bilion

KONGLOMERAT Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (AS$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, pelaburan itu adalah dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, pertahanan dan hiburan.

Sembilan syarikat terbabit ialah Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd (NADI), Twistcode Technologies Sdn Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Bhd, Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd and My Events Sdn Bhd, katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ajlan Bros merupakan satu daripada konglomerat hartanah utama di Arab Saudi yang mengkhususkan dalam kediaman, perindustrian, komersial dan rumah gudang.

Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih dari 25 negara dan memiliki aset bernilai lebih daripada AS$15 bilion serta hasil lebih AS$2 billon.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori