BIRMINGHAM: Atlet gimrama, Ng Joe Ee meraih satu lagi pingat emas pada Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi sekali gus melengkapkan sasaran enam emas kontinjen negara.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Joe Ee memperoleh pingat kejuaraan itu menerusi disiplin riben dalam saingan yang berlangsung di Arena Birmingham.
Terdahulu, dia merangkul pingat emas bagi disiplin bola yang juga emas kelima negara pada temasya di sini.
BHonline-