Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

PH Baru Lanjut Tol...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pakatan Harapan baru...

34 Pati Warga Asing...

ALOR SETAR - Sebanyak 34 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga...

Jumlah Pendaratan Penyu Karah...

ALOR GAJAH - Jumlah pendaratan penyu karah di 18 perairan pantai negeri Melaka...

Gian Nak Tukar Kereta...

"ISH, ko tukar kereta baru lagi ke bro? Bukan ko baru pakai kereta...

Manfaatkan E-Lejar LHDNM Elak Tertipu

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah melancarkan aplikasi e-Lejar sejak tahun 2010.

Ikuti Mynewshub: Telegram

E-Lejar adalah satu kemudahan yang disediakan kepada pembayar cukai untuk pelbagai urusan.

Pertama, menentukan sama ada butiran peribadi seperti alamat dan nombor akaun bank direkodkan dengan betul.

Kedua, menyemak transaksi percukaian seperti taksiran cukai, bayaran cukai dan pembayaran balik cukai terkini.

Antaranya pengesahan Potongan Cukai Bulanan (PCB) oleh majikan telah diterima dan diakaunkan oleh LHDNM.

Begitu juga taksiran cukai melalui aplikasi e-Filing LHDNM sama ada telah dikemaskini dalam lejar.

Terdapat dua jenis lejar yang dipaparkan dalam e-Lejar iaitu Lejar Cukai Pendapatan (CP) melibatkan Akaun 1 dan Akaun 2 serta Lajer Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Akaun 1 Lajer Lejar CP memaparkan transaksi percukaian dan dikemaskini dalam lejar pembayar cukai.

Baki akhir dalam akaun 1 adalah baki semasa pembayar cukai .


Baki semasa ini menentukan sama ada pembayar cukai masih mempunyai cukai tertunggak dengan LHDNM.

Akaun 2 Lejar CP menunjukkan transaksi bayaran ansuran cukai seperti bayaran PCB yang telah dibuat.

Baki dalam akaun 2 adalah jumlah bayaran ansuran yang masih belum boleh digunakan.

Lejar CKHT pula memaparkan transaksi Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Rumusan disebalik kewujudan e-Lejar adalah tiada siapa dengan mudah perlu menjadi mangsa scammer.

Jika anda didakwa mempunyai cukai tertunggak maka segera melakukan semakan melalui aplikasi ini.

Isu yang timbul cumalah sama ada kita menyedari kewujudan e-Lejar ini atau kita sememangnya malas ambil peduli.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori