Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agensi Disaran Tubuh Unit...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan setiap agensi...

Azhar Nafi Tolak Usul...

KUALA LUMPUR - Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menafikan beliau menolak usul...

200 Pegawai Perubatan Siap...

KUALA LUMPUR - Seramai 200 pegawai perubatan termasuk enam doktor pakar dan 20...

Puluhan Ribu Terus Serbu...

PUTRAJAYA - Hari kedua bagi sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 kali...

Maritim Selamatkan Lima Pemancing Terkandas

KUALA SELANGOR: Lima pemancing tempatan menempuh detik getir apabila terkandas di Pulau Batu Berantai akibat cuaca buruk kira-kira 1.4 batu nautika di barat laut Pantai Remis, Jeram, di sini.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Mereka ialah Mohd. Yazid Basir, 37; Zamri Romli, 39; Mohd. Razwan Hussin, 48; Hamidi Rohani, 70, dan Tohid Sangon , 65, yang masing-masing berasal dari Tanjong Karang dan Jeram itu berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pukul 10.20 pagi tadi.

Tiga daripada mangsa itu terkandas di pulau berkenaan selama 15 jam manakala dua lagi hampir tiga jam.

Mohd. Razwan berkata, dia bersama dua mangsa lain dihantar sebuah bot ke Pulau Batu Berantai pukul 7.20 petang semalam dan sepatutnya pulang pagi tadi, bagaimanapun bersyukur apabila melihat pesawat helikopter Maritim Malaysia berlegar di kawasan perairan tersebut.

ā€œNamun, kira-kira 8.30 pagi tadi, bot itu tiba dengan menurunkan dua lagi pemancing kerana mempunyai urusan lain di Pulau Angsa. Bot itu bagaimanapun tidak muncul dan dipercayai terkandas akibat cuaca buruk

ā€œKami kemudian segera melambai tangan meminta pertolongan kerana bimbang keadaan menjadi lebih serius. Selain telefon bimbit, peralatan seperti jaket keselamatan dan alat memancing sudah dihanyutkan ombak sekali gus menyebabkan kami gagal menghubungi sesiapa,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Juruterbang


Dalam pada itu, Ketua Stesen Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Kepten Maritim Syed Islam Shahajam berkata, ketika kejadian pesawat AW139 dinaiki dua juruterbang dan tiga kru termasuk perenang penyelamat sedang menjalankan rutin latihan penerbangan.

ā€œKeadaan laut ketika itu bergelora dan merisikokan nyawa pemancing sekiranya mereka hanyut kerana tidak memakai jaket keselamatan.

ā€œSemua mangsa diselamatkan apabila perenang penyelamat berjaya membawa mereka naik ke dalam pesawat dengan menggunakan teknik ā€˜winchingā€™,ā€ jelasnya.

Jelas beliau, lima pemancing itu kemudian diterbangkan ke SUMS dan diberikan rawatan awal oleh lima ambulans dari Hospital Sungai Buloh, Shah Alam dan Tunku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) selepas didapati dalam keadaan lemah dan trauma.

Lima lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan,ā€ katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori