Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Chacha Maembong Ada Sebab...

SEBELUM ini, pereka fesyen Ezuwan Ismail ada meluahkan kekecewaannya di atas perbuatan seorang...

Nangka Gergasi Janji Hasil...

SERDANG - Penanaman buah nangka gergasi yang boleh mencecah berat hampir 40 kg...

Adat Wang Hantaran Menyusahkan!...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan budaya meminta wang hantaran...

Microsoft Perlihatkan Windows 10...

SEPERTI semua sedia maklum, pengguna Windows Phone 8.1 akan ditawarkan dengan kemaskini Windows 10...

Masih Ramai Terpedaya Taktik Lapuk Macau Scam

Seorang peniaga wanita di Johor rugi lebih RM1 juta selepas terperdaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wang RM1 juta amat besar nilainya. Malang sungguh wang sebanyak itu diserahkan kepada penjenayah hanya kerana terpedaya dengan taktik lapuk sindiket Macau Scam.

Taktik penipuan menyamar sebagai pegawai LHDNM bukan baru berlaku, sebaliknya aktiviti jenayah itu telah sangat lama beroperasi memangsakan rakyat Malaysia.

Ironinya sudah terlalu banyak pendedahan dibuat mengenainya termasuk oleh LHDNM sendiri, namun masih ada dalam kalangan kita mudah diperangkap. Tidak pasti mengapa.

Adakah kerana mangsa terlalu banyak wang, maka bersedia untuk akur apa sahaja kepada tuntutan yang dipinta kerana malas mahu pening kepala atau sememangnya begitu naif untuk mengesyaki sebarang unsur penipuan?

Sudah banyak kali LHDNM mengingatkan kepada anggota masyarakat supaya tidak mudah percaya kepada mana-mana individu yang membuat panggilan telefon dan mengaku sebagai pegawainya bagi membuat tuntutan wang.


Perkara paling asas iaitu LHDNM tidak membuat membuat panggilan kepada pembayar cukai menggunakan nombor telefon bimbit bagi sebarang panggilan rasmi pun masih ada boleh terpedaya dengan taktik lapuk “scammer”

Berulang-kali LHDNM berpesan kepada masyarakat supaya membuat semakan dengan hadir ke cawangan LHDNM berdekatan atau menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 bagi mendapatkan pengesahan.

Mereka yang menerima panggilan seperti itu juga membuat semakan kedudukan lejar cukai melalui aplikasi e-lejar : https://ez.hasil.gov.my/ci/Login.aspx?page=06less untuk mendapatkan kepastian terlebih dahulu.

Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan demi memastikan diri tidak menjadi mangsa penipuan. Seperti peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Justeru, jangan menunding jari kepada pihak lain jika menjadi mangsa apabila diri sendiri tiada inisiatif untuk bertindak bijak supaya tidak menjadi mangsa Macau Scam.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori