Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

ROS Panggil Pengerusi Lembaga...

KUALA LUMPUR - Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memanggil Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat...

Tun M Puas Hati...

BANGKOK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berpuas hati dengan...

Wanita PKR Akui Parti...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan pendirian pucuk pimpinan parti...

Industri Insurans Kuat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Penggiat industri insurans dijangka melancarkan Sistem Risikan Penipuan (FIS) menjelang...

Matahari Akan ‘Mati’ Dalam Masa 5 Bilion Tahun

PARIS – Agensi Angkasa Eropah (ESA) menerusi kajian kapal angkasa miliknya, Gaia, meramalkan bahawa Matahari bakal ‘mati’ tidak lama lagi, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut ramalan tersebut, Matahari kini sudah menghampiri separuh daripada jangka hayatnya dan apabila ia mencapai penghujung, cahayanya akan terpadam lalu menjadikan Bumi kesejukan.

Bagaimanapun, data daripada Gaia mencadangkan keadaan tersebut tidak akan berlaku selama sekurang-kurangnya lima bilion tahun lagi.

Gaia menganggarkan Matahari kini berusia sekitar 4.57 bilion tahun. Dengan mengenal pasti jisim dan komposisinya, peranti itu mampu menganggarkan bagaimana Matahari akan berkembang pada masa hadapan.


Pada masa ini, Matahari dianggap berusia ‘pertengahan umur’ dan stabil kerana ia menggabungkan hidrogen menjadi helium.

Gaia terletak kira-kira 1,496,689.92 kilometer dari Bumi dan membawa dua teleskop untuk mendokumentasikan galaksi dan mengkaji bintang bagi meramalkan masa depan mereka.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori