Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Dijangka Buat Keputusan...

THE HAGUE : Hakim Belanda dijangka membuat keputusan Khamis ini terhadap empat lelaki...

Wujudkan MRSM Berbayar Penuhi...

PUTRAJAYA - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Kerajaan Sentiasa Usaha Bantu...

SETIU - Kerajaan sentiasa berusaha membuka peluang pekerjaan untuk membantu rakyat menjana ekonomi...

Najib Kecam Serangan Maut...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau amat sedih dan kesal dengan siri serangan ganas di...

Mayat Seorang Lagi Dipercayai Nelayan Hilang Ditemukan

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang lelaki dipercayai salah seorang daripada dua nelayan yang masih hilang akibat tragedi bot karam sejak Isnin lalu, ditemukan di perairan Pulau Redang di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, mayat lelaki itu ditemukan terapung oleh nelayan tempatan kira-kira 9.4 batu nautika ke utara Pulau Redang kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya, pegawai dan anggota kapal peronda KM Bagahak kemudian dikerah ke lokasi penemuan mayat itu sebaik sahaja pihaknya menerima maklumat.

Bagaimanapun, katanya, identiti mayat berkenaan belum dapat dikenal pasti.

“Proses memindahkan mayat ke kapal selesai dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi dan sedang dalam perjalanan dibawa ke jeti Maritim di Pulau Kambing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa iaitu Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, dan Ahmad Zamri Ishak, 66, terpaksa dihentikan setelah tiada petunjuk baharu ditemukan.

Sementara itu, tiga mayat yang disahkan sebagai Saludin Ismail, 50, Ahmad Nazri Ishak, 48 dan Zulkifli Umar, 48, berjaya ditemukan pasukan penyelamat pada Rabu. Setakat ini, hanya seorang awak-awak iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, terselamat dalam tragedi terbabit.

Utusan Malayska sebelum ini melaporkan, enam nelayan termasuk seorang tekong hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai karam dalam kejadian ribut di perairan Pulau Redang pada pukul 10 malam, Isnin lalu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori