Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Melayu Dipaksa Makan Babi,...

Sepang: Dipaksa makan daging babi sekali sehari oleh dalang sindiket pemerdagangan manusia berpangkalan...

Kekanda Kepada Yang Di-Pertuan...

ALOR SETAR - Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan...

Warisan Tidak Boleh Larang...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

6 Bulan Simpan Rahsia,...

SELEPAS lama simpan rahsia tentang misinya untuk ukir nama di persada filem antarabangsa,...

Melaka Perlu Tambahan Guru

MELAKA : Kerajaan negeri meminta Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) memastikan negeri ini menerima guru tambahan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, berkata pihaknya menyambut baik keputusan yang dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menambah bilangan pengambilan guru melebihi 5,000.

Beliau berkata, dengan pertambahan bilangan guru, bukan hanya dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru tetapi dapat mengurangkan beban tugas warga pendidik.

“Sesungguhnya memang kita sentiasa mengalami kekurangan guru jadi ini adalah sesuatu yang amat dinantikan. Memang ada keperluan yang sedikit mendesak tetapi bukanlah terlalu kurang.

“Saya harap JPNM dengan segera memastikan dapat tambahan guru ini. Selepas pandemik berakhir dan kita berada di fasa endemik sekolah kembali berjalan secara semuka jadi perlunya kepada komitmen tambahan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Care SPM 2022 dan Biasiswa Melaka Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka, petang semalam.


Rais berkata, dengan pertambahan bilangan guru sekali gus akan membantu meningkatkan lagi tahap kecemerlangan murid serta pelajar.

“Daripada 5,000 guru yang akan ditambah itu nanti, berapa pun yang kita dapat akan membantu lagi sekolah di dalam Melaka ini,,” katanya.

Semalam media melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah jumlah pengambilan guru melebihi 5,000 orang bermula tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata jumlah itu bertambah, berbanding pengambilan sekitar 4,000 hingga 5,000 guru sebelum ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori