Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

TMJ Perlu Disokong Jadi...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim perlu disokong dan...

TLDM Tahan 3 Lelaki...

SANDAKAN - Pasukan Pangkalan Hadapan Kapal Mudah Alih Tun Azizan, Tentera Laut Diraja...

Anak Datuk Terlibat Dadah,...

ANAK gadis kepada seorang lelaki berstatus 'Datuk' berjaya ditangkap bapanya sendiri bersama-sama seorang...

Pemuda PAS Minta PKR,...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Menteri BERSATU Lapor Polis, Dakwa Difitnah Rafizi Isu Projek LCS

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkannya dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Mersing itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah dan tohmahan dicipta untuk merosakkan nama baiknya bagi tujuan politik.

“Satu laporan polis telah dibuat berkenaan dengan fitnah dan tohmahan yang dibuat oleh saudara Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR yang mengandungi pembohongan dengan tujuan untuk merosakkan nama baik saya.

“Saya percaya bahawa fitnah dan tohmahan tersebut diciptakan untuk merosakkan nama baik saya untuk tujuan politik dengan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang awam terhadap saya dan menyemarakkan keresahan rakyat.

“Penyiaran dan komunikasi secara elektronik tersebut adalah sumbang, palsu, mengancam dan bersifat jelik untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggu,” katanya turut memuat naik gambar laporan polis dibuat pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Dalam hantaran sama, Dr Abdul Latiff berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mendakwa Rafizi serta pihak-pihak yang bersubahat melakukan kesalahan terbabit.

Sebelum ini, laporan audit forensik LCS, antara lain menyatakan syarikat pembekal peralatan LCS adalah isteri kepada Dr Abd Latiff yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan pada 2008 hingga 2013.


Ahli Parlimen Mersing itu yang mengekalkan kerusi terbabit atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018, keluar UMNO selepas itu dan kemudian menyertau BERSATU, beberapa kali menafikan wanita dikaitkan dalam siasatan projek LCS adalah isterinya.

Awal minggu lalu, Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga Dr Abd Latiff berpandukan siasatan dalaman skandal itu dan semakan susulan dilakukannya.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, siasatan dalaman LCS mengesahkan dua syarikat palsu menggunakan nama Alizes Marine sudah didaftarkan dengan nama Alizes Marine Limited berdaftar di Malta dan sebuah lagi, Alizes Marine Labuan didaftarkan di Labuan.

Dalam reaksi balas, Dr Abd Latiff menyifatkan Rafizi cuba mengelirukan orang ramai apabila terus mengaitkannya dengan isu projek LCS.

Katanya lagi, tindakan itu dapat dilihat melalui laporan audit yang masih di peringkat draf, sedangkan laporan audit didakwanya laporan ‘sebenar’ yang sudah ditandatangani firma audit tidak menyebut Zainab Mohd Salleh sebagai isteri keduanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori