Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengguna Waze Kini Boleh...

SIAPA yang tidak tahu aplikasi Waze pada zaman sekarang?Aplikasi navigasi yang memberikan informasi...

Tolak Permohonan Nilai Semula...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan bekas Menteri...

Ranhill Beli Northern Power...

KUALA LUMPUR – Ranhill Capital Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penjualan saham dengan...

Kementerian Pendidikan Tak Pernah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan tidak pernah sama sekali mengabaikan kepentingan menguasai Bahasa...

Menteri: Larangan Eksport Ayam Tamat 31 Ogos Ini

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee memaklumkan larangan eksport ayam dari negara ini akan ditamatkan pada 31 Ogos ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ronald memaklumkan perkara itu sebagai maklum balas kepada Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, kerajaan memang menetapkan larangan eksport itu untuk sementara.

“Ini langkah sementara dan dijadual tamat pada 31 Ogos,” katanya.

Wong pada mulanya mengkritik larangan eksport itu yang menurutnya menyebabkan negara seperti Singapura – yang sangat bergantung kepada eksport ayam dari Malaysia – untuk mempelbagaikan rantaian bekalan makannnya dan mengimport ayam dari negara lain.

“Kita telah hilang satu pasaran. Jadi sama ada kita akan buka semula atau benarkan eksport semula, kita telah hilang satu pelanggan.

“Maafkan saya, menteri. Itu keputusan salah. Kita telah buat langkah yang salah,” katanya.


Pada 1 Ogos lalu, Ronald memberitahu Parlimen yang negara kini berdepan sedikit lebihan bekalan ayam.

Dia berkata pengeluaran ayam pada masa ini adalah sebanyak 106 peratus daripada keperluan negara, bermakna ada kapasiti untuk kembali mengeksportnya.

Lebihan bekalan itu, katanya lagi, juga telah menyebabkan harga ayam di pasaran lebih rendah berbanding harga siling yang ditetapkan kerajaan.

Malaysia yang mengeksport ayam terutama kepada Singapura dan Thailand menghentikan eksport pada Jun lalu.

Larangan itu sehinggalah pengeluaran dan harga kembali stabil, ekoran kekurangan bekalan makanan ayam global telah menggangu pengeluaran.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori