Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

Adenan Mahu Calon Terus...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu calon-calon terus Barisan...

African American Speak Out

One ought to stay to basic approach to date as outstanding essay writing...

Jemaah Diingat Jaga Kesihatan,...

KUALA TERENGGANU - Bakal jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu terdedah kepada cuaca...

Dalam Pas Banyak ‘Syaitan’,...

SERDANG - Perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas...

Momila Beauty Whitening Cream Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

PUTRAJAYA: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kandungan merkuri iaitu racun berjadual pada sebuah produk kosmetik dikenali Momila Beauty Whitening Cream.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.

Beliau berkata, notifikasi produk kosmetik terlibat dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan selain boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.


Noor Hisham berkata, penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Menurutnya, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Katanya, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori