Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PAS Bakal Tentukan Hubungan...

BUKIT MERTAJAM - Kerjasama politik antara PAS dan PKR akan ditentukan dalam Muktamar...

BN Mahu Gubal Akta...

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) mahu Akta Penjagaan Warga Emas digubal dengan...

Video: “Bang, Saya Dah...

"BANG, saya dah tengok dah," demikian reaksi seorang penumpang apabila pintu kereta yang...

Berita Baik Teksi Malaysia...

SINGAPURA - Berita baik bagi pemandu teksi Malaysia apabila mereka mendapat pelepasan daripada...

Montenegro: Kerajaan Abazovic Tumbang Selepas Tiga Bulan Berkuasa

ZAGREB: Kerajaan Montenegro pimpinan Perdana Menteri, Dritan Abazovic ditumbangkan menerusi undi tidak percaya hanya selepas tiga bulan berkuasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Parlimen Montenegro yang mempunyai 81 kerusi mengadakan undi tidak percaya semalam, dan 50 Ahli Parlimen menyokong usul itu sekali gus menyingkirkan Abazovic.

Usul itu dibentangkan Parti Demokrat Sosialis (DPS) diketuai Presiden Montenegro, Milo Dukanovic, lapor Agensi Berita Croatia (HINA).

Barisan Kabinet Abazovic akan meneruskan mentadbir negara di bawah kerajaan sementara menunggu kerajaan baharu dibentuk.

Sejak kali terakhir pilihan raya parlimen diadakan dua tahun lalu menyaksikan dua kali perubahan kerajaan berlaku di Montenegro.


Pada Februari tahun ini, Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Zdravko Krivokapic digulingkan sebelum digantikan dengan kerajaan pimpinan Abazovic pada April.

Bagaimanapun, pada awal Ogos, Abazovic menandatangani satu perjanjian penting antara Montenegro dan Gereja Ortodoks Serbia (SPC) di Podgorica yang mencetuskan bantahan DPS.

Baru-baru ini DPS mempertikaikan kesepakatan itu dan mengumumkan bakal menumbangkan kepimpinan Abazovic untuk membolehkan kerajaan baharu membatalkan perjanjian berkenaan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori