Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Gagal Di PP… LKS...

SELEPAS gagal untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang... pemimpin veteran DAP...

Pembayar Zakat Rasai Pengalaman...

KUALA KUBU BHARU - Bagi menghargai pembayar zakat negeri ini, Lembaga Zakat Selangor...

2 Lagi Negara Sumber...

PUTRAJAYA - Dua buah negara lagi akan menjadi negara sumber tenaga kerja pengawal...

Kit Siang Beri Keterangan...

PUTRAJAYA - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini memberi keterangan kepada Pasukan...

M’sia, Indonesia Rancang Perbaharui MOU Bidang Komunikasi

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) merancang untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penerangan serta komunikasi antara Malaysia dan Indonesia selain menjalin kerjasama di bidang perfileman.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya Annuar Musa berkata MoU itu, yang kali terakhir ditandatangani pada 1984, seharusnya dapat diperbaharui selaras dengan perkembangan semasa bidang komunikasi dan industri kreatif.

“Saya gembira sekali kerana Pak Menteri (Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia Sandiaga Salahuddin) akan berkunjung ke Malaysia pada Oktober dan insya-Allah, kita punya masa yang cukup untuk membawa memorandum kepada Jemaah Menteri,” katanya dalam sidang media bersama Sandiaga, semalam.

Annuar, yang dalam rangka lawatan kerja di sini, diiringi Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Adlan Mohd Shaffieq, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Profesor Dr Md Nasir Ibrahim dan Setiausaha Bahagian Antarabangsa K-KOMM Mano Verabathan.

Beliau berkata dalam bidang perfileman, Malaysia dan Indonesia akan menggalakkan kerjasama produksi filem melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) sekali gus mengambil peluang pasaran filem dalam bahasa yang berasaskan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.


FIMI adalah usaha kerajaan untuk menarik pelabur dalam penerbitan filem dan televisyen bagi menjalankan aktiviti perfileman di Malaysia.

Annuar turut mengalu-alukan inisiatif Indonesia untuk menganjurkan persidangan antarabangsa melibatkan negara dunia ketiga bagi membincangkan ekonomi kreatif Oktober ini di Bali.

Sandiaga pula berkata pihaknya akan membuat kunjungan balas ke Malaysia untuk merealisasikan perkara yang telah dibincangkan.

“Kami (juga) berharap dapat memperluas kerjasama serta mencipta lapangan kerja di sektor ekonomi kreatif,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori