Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

6 Sekeluarga Mati Dikurung...

JAKARTA - Enam sekeluarga maut setelah dikurung sehari semalam bersama lima lagi yang...

Kastam Sabah Rampas 8,000kg...

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah mematahkan satu cubaan menyeludup keluar...

Bekalan Telur Ayam Melebihi...

PETALING JAYA: Bekalan telur ayam dalam negara ketika ini berada pada tahap melebihi...

Rakyat Sabah Tolak Semua...

KOTA BELUD - Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said...

Najib Mohon Tangguhkan Rayuan Akhir

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan menangguhkan prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Terdahulu, peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik, yang baru dilantik pada 21 Julai lalu, memohon budi bicara mahkamah untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir, sejurus mahkamah menolak permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon kepada mahkamah… Saya biasanya tidak akan datang ke mahkamah dan meminta penangguhan melainkan ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Rayuan akhir ini membabitkan dokumen yang banyak iaitu sebanyak 179 jilid dan keterangan saksi yang ramai, oleh itu saya memohon supaya kami diberikan peluang yang sewajarnya dan anak guam diberikan perlindungan yang sama rata.

“Saya dengan penuh ikhlas merayu supaya keadilan bukan saja dilaksanakan, malah dilihat sudah dilaksanakan… Oleh itu, berikan peluang kepada saya dan pasukan saya untuk membuat persiapan dan benarkan kami untuk kembali (ke mahkamah) dan berhujah (dalam rayuan akhir),” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, memaklumkan bahawa pihaknya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk membuat keputusan.

Katanya, mahkamah sudah menolak permohonan untuk menangguhkan rayuan akhir sebanyak dua kali di mana pembelaan juga sudah dimaklumkan ketika pengurusan kes bahawa ia akan tetap diteruskan mengikut tarikh yang dijadualkan sebelum ini.

“Fakta kes ini sudah ada tangan mahkamah, tetapi kami serahkan segalanya kepada budi bicara (mahkamah),”katanya.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan membuat keputusan sebentar nanti.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori