Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zahid: Beku Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Pembekuan pengambilan pekerja asing sejak pertengahan Februari lalu mengakibatkan perniagaan...

Peronda Keselamatan Hadapi Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Seorang peronda keselamatan warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di...

Malaysia Mungkin Laksana VEP...

PONTIAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke...

Keranda Terapung Di Jalanan...

PENDUDUK di sekitar bandar Zachary, Lousiana, Amerika Syarikat dikejutkan dengan pemandangan misteri apabila...

NASA Kagum Temui Bulan Paling Kecil Di Hujung Sistem Suria

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan bahawa saintis-saintisnya menemui ‘bulan mini’ yang dikesan mengorbit sebuah asteroid di pinggir sistem suria, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Batu satelit berdiameter kira-kira lima kilometer (km) itu ditemui mengorbit sebuah asteroid kecil berhampiran planet Musytari bernama Polymele.

Saiz Polymele adalah sekitar 27 kilometer dan jika objek yang mengorbitnya itu disahkan sebagai satelit, ia akan menjadi salah satu bulan paling kecil pernah ditemui.

Bulan itu ditemui oleh pasukan NASA yang menjalankan misi Lucy dengan menghantar sebuah kapal angkasa penjelajah lepas ke pinggir sistem suria untuk mengumpul data mengenai beberapa asteroid Trojan yang merupakan dua gugusan batu besar terletak di orbit Musytari.

“Pada 27 Mac lalu, pasukan sains Lucy mendapati bahawa sasaran asteroid Trojan terkecil, Polymele, mempunyai satelitnya sendiri,” demikian kenyataan agensi itu.


Ketika ditemui, asteroid berkenaan berada di hadapan bintang jauh yang membolehkan penyelidik mengkaji dengan tepat saiz batu angkasa terbabit.

Mereka memerhati sejauh mana cahaya bintang itu disekat oleh asteroid tersebut. Ketika berbuat demikian, mereka melihat kelibat yang lebih kecil melepasi Polymele.

Batu satelit dan asteroid pusatnya itu terletak sejauh kira-kira 200 kilometer.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori