Fahmi Reza sepatutnya mengambil kesempatan di atas perkenan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk aktivis pembangkang itu berjumpanya.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Bukan senang mana-mana individu dapat bertemu Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara peribadi disebabkan kesibukan urusan harian baginda.
Selaku Tunku Mahkota Johor dan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tentunya banyak perkara perlu diuruskan TMJ.
Jadi perkenan Tunku Ismail sepatutnya menjadi peluang terbaik untuk mahacai pembangkang itu untuk gagah berani menyuarakan falsafah dan pendiriannya.
Itulah peluang Fahmi Reza untuk bertukar menjadi manusia dewasa dan matang. Bukan hanya berani ‘berkokok’ di akaun Twitter. Orang Parti Raja kata “Walk the talk”.
Alasan budak acah-acah The Black Panther Party Marxism itu konon mahu kekal “indipendent”adalah paling retorik dalam sejarah peradaban manusia.
Ini sama seperti budak sekolah suka mengejek untuk menyakiti hati orang lain, tetapi apabila diajak bersemuka beri alasan mak sedang tunggu depan depan pagar untuk pulang ke rumah.
Alasan bimbang akan dilabelkan ‘barua TMJ’ pula kelihatan amat ironik kerana masyarakat terlebih dahulu telah melihat dia sebagai “barua pembangkang”
Barangkali aktivis pembangkang itu terlalu takut bayang-bayang sendiri menyebabkan dia kehilangan telur. “Overthinking” sedangkan TMJ sekadar menyatakan kesudian untuk bertemu.
Tentunya pertemuan itu antara lain untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai gejala anti monarki dan pegangan sosialis.
TMJ telah menunjukkan sifat diplomasi yang tinggi untuk mendengar sendiri pendapat daripada Fahmi Reza, malangnya Fahmi Reza telah menampilkan sisi-sisi pengecutnya.
Kaum wanita pun tidak pengecut seperti Fahmi Reza termasuk pemimpin DAP, Marina Ibrahim yang menegur kebiadaban Fahmi Reza dengan menegaskan tidak pernah mana-mana pengkritik kena lempang jumpa TMJ.
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah melabelkan TMJ budak bodoh pun disambut dan dilayan dengan baik ketika berkunjung ke Istana Johor.
Begitu juga pengkritik-pengkritik TMJ tentang bola sepak tidak pernah dilayan secara kasar oleh TMJ sebaliknya cumalah sebuah perdebatan pandangan.
Tunku Ismail juga pernah bertemu dengan 779 guru di Johor yang menolak untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 tahun lalu sedangkan baginda menekankan tentang kepentingan pengambilan vaksin berkenaan.
Pertemuan berlangsung secara harmoni dalam semangat kekeluargaan dan natijahhnya TMJ berjaya meyakinkan sebahagian guru terbabit untuk mengambil vaksin Covid-19.
Bila berjumpa tidak semestinya jadi barua. Hanya yang memiliki daya berfikir yang rendah akan beranggapan demikian.
Fahmi sepatutnya mengambil peluang untuk bertemu TMJ dan meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
Bukan bertindak pengecut mengutuk dari jauh tapi melarikan diri bila diberikan peluang untuk bertemu depan-depan.
-Mynewshub