Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Belum Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan daripada UMNO berhubung cadangan usul undi percaya kepada...

Pekebun Kecil Getah Disaran...

KANGAR - Pekebun kecil RISDA yang terjejas akibat kejatuhan harga getah disaran mengusahakan...

“Tok Nan” Ketua Menteri...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pukul 1.20...

Kes Positif COVID-19 Global...

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 163,945,502 susulan lebih...

Parti Lain Selain PBM Mahu Sertai BN Akan Diputus Esok – Mat Hasan

Keputusan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) akan dibincang dan diputuskan esok, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.

“Tidak perlu saya beritahu, tapi permintaan mereka termasuk PBM untuk menyertai BN kita akan putuskan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam esok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dijangka berlangsung malam esok di WTC.

Sebelum ini, pemimpin PBM Datuk Zuraida Kamaruddin berkata parti itu telah menghantar permohonan kepada BN bagi menyertai gabungan itu.


Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad berkata elemen calon yang disukai pengundi akan menjadi antara strategi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Untuk PRU15 ini, saya nak minta senarai calon awal-awal. Kita mesti turunkan calon yang pengundi nak, bukan yang Ketua Bahagian nak, bukan yang kita nak,” katanya.

Ditanya sama ada langkah ini akan menyebabkan terdapat banyak muka baharu dinamakan sebagai calon, Mohamad berkata ia bergantung kepada sokongan terhadap calon.

“Jika calon lama masih dapat sokongan, kita akan kekalkan, di samping kita pilih juga calon baharu yang sesuai,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori