Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Gencatan Senjata Sepihak Sempena...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan gencatan senjata sepihak dengan pemberontak berhaluan...

Keadilan Buat Prebet Adam...

RAMAI yang bertanya mengapa saya mengangkat subjek Prebet Adam Bin Jaafar, seorang lelaki...

Pramugari Pesawat QZ8501 –...

'I LOVE YOU FROM 38000 ft' (Saya cintakan awak dari 38,000 kaki).Itu antara...

Muhyiddin Yassin Pemimpin Berpengalaman...

JOHOR BAHRU - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri...

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan PBS Lebih Berkesan

KUALA LUMPUR : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam sistem pendidikan negara, dibuat bagi memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, menjelaskan pelaksanaan PBS bukan perkara yang baharu kerana sudah bermula sejak 2011.

Beliau berkata, guru masih terlalu memberi tumpuan kepada peperiksaan untuk memastikan murid memperoleh keputusan cemerlang.

“Bila kita nak mansuh peperiksaan, orang kata bagaimana nak mansuh kalau kita belum bersedia dengan PBS sedangkan PBS telah dilaksanakan sejak 2011.

“Perkara ini sudah ada dalam tempoh yang panjang, sistem ini lebih 10 tahun, kalau 10 tahun tidak dapat laksana, mungkin 30 ke 40 tahun lagi pun kita belum bersedia… ini (berlaku) disebabkan yang jadi tumpuan guru adalah peperiksaan dengan fokus kepada latih tubi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Transformasi Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.


Radzi menegaskan, pemansuhan UPSR dan PT3 dilaksanakan melalui proses yang panjang dan bukannya dibuat dalam sekelip mata.

Katanya, pemansuhan itu juga tidak dibuat sesuka hati, sebaliknya melalui pelbagai peringkat dimulakan dengan perbincangan, libat urus pelbagai pihak menggunakan data dan maklumat terperinci.

“Selagi peperiksaan masih ada dalam sistem pendidikan, maka semua hanya memberikan tumpuan untuk mendapat keputusan yang baik dan fokus kepada latih-tubi saja.

“Kita keluarkan peperiksaan dalam sistem pendidikan bagi menghasilkan guru yang lebih kreatif, inovatif dalam dalam pengajaran mereka supaya pembelajaran lebih menarik.

“Kita mahu mewujudkan nilai dalam diri pelajar yang rasa seronok belajar dan bertemu kawan disekolah,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori