Apalah erti perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik apabila pembangkang terus menerus menyerang kerajaan?
Ikuti Mynewshub: Telegram
Serangan terhadap kerajaan sudah tentu menimbulkan ketidakstabilan politik dan membangkitkan kebencian sesama masyarakat.
Jadi apabila ada menteri menyatakan MoU berkenaan tiada tarikh tamat sama ada diri terlalu naif atau sendiri mempunyai muslihat.
Kerana apa sedang dilakukan oleh pembangkang sangat berbeza dengan ‘tajuk’ MoU yang menjadi alasan PRU-15 tidak dapat diadakan.
MoU Transformasi dan Kestabilan Politik ibarat perjanjian damai atau gencatan senjata pembangkang dan kerajaan sehingga PRU-15 diadakan.
Sekarang sangat jelas pembangkang ‘perjanjian damai’ yang kononnya untuk mewujudkan transformasi dan kestabilan politik telah dimungkiri.
Apakah kerajaan sedia ada akan terus bersikap lurus bendul dan membiarkan pembangkang terus bersikap melampau hanya kerana ada MoU?
Mereka menyerang dan terus menyerang, tetapi apabila disaran PRU-15 mereka kata tidak perlu sebab ada MoU yang tiada tarikh luput.
-Mynewshub