Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Dera Patah 13...

TIADA apa yang diharapkan buat kanak-kanak berusia lima tahun yang menjadi mangsa dera hingga...

4 Januari Keputusan Tuntutan...

KUCHING : Keputusan berhubung beberapa tuntutan Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963...

ABC Batal Siri Komedi...

RANGKAIAN ABC Walt Disney Co. membatalkan siri komedi popular ‘Roseanne’ hari ini, selepas...

Kes Penculikan Tak Jejas...

SANDAKAN - Aktiviti nelayan pesisir pantai dan laut dalam di daerah ini tidak...

Pemilik Premis Perniagaan Gagal Kibar Jalur Gemilang Mula Dikompaun

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) mula menjalankan penguatkuasaan kompaun pada hari ini terhadap pemilik premis perniagaan yang masih berdegil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertuanya, Norazlan Yahaya, berkata hampir 7,000 premis perniagaan di bawah kawal selia pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, merangkumi tiga daerah iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

“Kita sudah mulakan pemantauan terhadap premis perniagaan di negeri ini yang masih tidak mengibarkan Jalur Gemilang bermula hari ini. Sebelum ini kita sudah pun memberikan peringatan kepada mereka.

“Jumlah kompaun yang dikenakan adalah RM250, tetapi kita seboleh mungkin mahukan mereka (pemilik premis) mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela sambil bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.

Memberitahu demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Khas Rakan Strategik MPKPs, di sini hari ini, beliau berkata, pemasangan Jalur Gemilang di premis perniagaan di negeri ini, terutama pada Bulan Kebangsaan sudah termaktub dalam syarat lesen perniagaan.

“Kita mempunyai baki seminggu lagi untuk menyambut Hari Kebangsaan dan setakat ini 80 peratus pemilik premis perniagaan sudah pun mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka.


“Dalam tempoh ini juga, kita akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan supaya pemilik premis dapat menyahut seruan ini. Jika terus berdegil, kita akan mengeluarkan kompaun kepada mereka selaras dengan syarat undang-undang kecil.

“Lazimnya bagi beberapa tahun sebelum ini, tempoh penguatkuasaan kibaran Jalur Gemilang terhadap premis perniagaan di Perlis hanya bermula pada 1 hingga 31 Ogos, namun tempoh itu kini dipanjangkan sehingga Hari Malaysia pada 16 September,” katanya.

Tinjauan di Jalan Barrack dan Jalan Indera Kayangan di sini mendapati hampir setiap lot kedai mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang turut mengibarkan bendera negeri Perlis bersama-sama.

Terdahulu, Norazlan menyampaikan sijil penghargaan anugerah khas kepada 44 rakan strategik MPKPs yang terdiri pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, bank serta petugas media di negeri ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori