Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Luahan Hati Wanita India...

KEMERIAHAN menjalani ibadah dalam bulan Ramadan pastinya meninggalkan banyak memori indah kepada umat...

Nelayan Selamat 2 Bulan...

Hawaii - Seorang nelayan warga Colombia ditemui masih hidup selepas hanyut dalam sebuah...

Muncung Pesawat Berlubang Dirempuh...

KHARTOUM - Sebuah pesawat Tarco Air milik syarikat penerbangan Sudan berlubang di bahagian...

Bakti Anjur Program Tanam...

BENTONG - Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyertai program...

‘Pengacau Upahan’ Sengaja Calar Imej KL City

PETALING JAYA : Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mendedahkan wujud ‘pengacau upahan’ yang sengaja mahu mencalarkan nama KLFA dan Kuala Lumpur City (KL City) ekoran kejayaan yang dicapai mereka dalam dua tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau tidak menolak ‘pengacau upahan’ terbabit adalah dalang di sebalik kekecohan yang menyaksikan penyokong PSM Makassar diserang sejurus tamat perlawanan akhir Piala AFC Zon Asean, Rabu lalu.

Selepas tamat perlawanan yang menyaksikan KL City menang 5-2, beberapa penyokong PSM Makassar diserang dengan objek keras hingga menyebabkan kecederaan, malah bas yang membawa peminat lawan turut pecah akibat dibaling batu.

Kata Khalid, KLFA telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menegaskan bahawa penyokong KL City tidak terlibat setelah mengambil kira para pelaku berpakaian hitam serta tidak memakai apa-apa lambang kelab.

“Golongan yang mengacau ini, yang kita tak tahu siapa dan kita telah buat laporan polis, malah kita ingin menyatakan bahawa pihak KL City dan penyokong KL tidak terlibat dalam kejadian itu.


“Saya tidak menolak kemungkinan ada pengacau upahan yang dilakukan oleh mereka yang dengki dan cemburu dengan kejayaan yang sedang dicapai KL City.

“Agak malang sebab dalam usaha membangunkan KLFA dan KL City FC, ada pula peristiwa seperti ini yang tidak sama sekali kita akan kompromi.

“Sesiapa yang terlibat dan didapati bersalah, maka kita akan minta mereka didakwa dan kita akan banned mereka daripada menghampiri kawasan stadium,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium KLFA, kelmarin.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori