Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Demonic Attacks Real

Your composition should be plausible and not too hard to study. For the...

Jijik! Lelaki Kencing Atas...

SEBUAH video berdurasi lebih dua minit memaparkan perbuatan tidak senonoh dan bertamadun serta...

Rakam Paha Wanita: Jurutera...

KUALA LUMPUR - Padah merakam paha seorang wanita yang sedang menaiki eskalator, seorang...

Operator Kilang Dikhuatiri Lemas...

KUANTAN : Seorang operator kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras banjir...

Pengamal Perubatan Tradisional Didakwa Membunuh, Esok

AMPANG JAYA: Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, di sini, esok atas dakwaan bunuh seorang wanita di Pandan Perdana, di sini, pada 27 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek wanita berusia 51 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan niat seorang wanita untuk merawat penyakitnya secara tradisional bertukar tragedi apabila dia maut ketika menerima rawatan itu di Pandan Perdana, di sini, pada 27 Julai lalu.

Difahamkan mangsa mengalami histeria sejak lapan tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri di hospital baru-baru ini.

Mohamad Farouk dipetik berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita pada jam 6.35 petang memaklumkan anak perempuannya berusia 41 tahun meninggal dunia.


Beliau berkata, mangsa dipercayai datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu sebelum kejadian.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Susulan itu, polis menahan wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional pada jam 7.20 malam hari sama.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori