Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS Halau Keluar Bekas...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa pemimpinnya yang merupakan bekas...

Bella Dan Emran Bernikah...

JUMAAT merupakan hari yang paling mulia bagi agama Islam serta penghulu segala hari....

“Tidak Ada Masa Nak...

KUALA TERENGGANU - "Kita tidak ada masa nak layan itu semua, apa dia...

Anak Lelaki Pengerusi Mara...

KUALA LUMPUR - Anak lelaki Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Awang...

Perbuatan Khianat Punca Kebakaran

Kuala Lumpur : Punca kebakaran di lobi Blok B Teratak Muhibbah, Taman Danau Desa, di sini, semalam, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada lelaki, 10.31 pagi, semalam.

“Menurut pengadu, semasa berada di rumahnya, dia dimaklumkan mengenai kebakaran itu yang berhampiran dengan peti surat blok terbabit.

“Pengadu kemudian menghubungi pihak bomba untuk memadamkan kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kebakaran pada dinding di atas peti surat terbabit.

“Terdapat beberapa helai surat dan topi


keledar lama yang berada di atas peti surat berkenaan yang terbakar.

“Semakan di lokasi kejadian juga mendapati tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal pihak forensik bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran itu berpunca akibat perbuatan yang disengajakan.

“Kes itu sudah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi Mers 999, IPD Brickfields di talian 03-22792222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori