Tuesday, July 2, 2024

Creating liberating content

Bakar Al-Quran: Lebih 500...

KUALA LUMPUR : Lebih 500 individu berhimpun dan berarak aman dari Masjid As-Syakirin...

Kumpulan Dadah Bersaing Kuasai...

BANDAR MEXICO - Bandar Reynosa, Mexico yang bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) menjadi...

Olimpik 2016: Pelacur Brazil...

RIO DE JANEIRO - Sukan Olimpik 2016 menjadi kesempatan bagi masyarakat Brazil, khususnya daripada semua sektor...

GAMBAR: Najib Tiba Di...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau...

Perdana Menteri Nafi Didesak Campur Tangan Dalam Kes Najib

PUTRAJAYA : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menafikan wujud desakan supaya beliau campur tangan dalam kes mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penafian itu disuarakan Perdana Menteri ketika ditemui selepas menyempurnakan acara penutup Majlis Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan (MOF), di sini, hari ini.

“Tiada…tiada (desakan campur tangan),” katanya ringkas kepada media sebelum meninggalkan pekarangan MOF menaiki kenderaan rasminya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan wujud desakan daripada UMNO supaya beliau campur tangan dalam kes rayuan akhir Najib di Mahkamah Persekutuan.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan kini dalam prosiding rayuan terakhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, tang dihadapinya.


Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengadakan pertemuan gempar dengan ketua bahagian UMNO seluruh negara di ibu pejabat parti itu.

Pertemuan itu antara lain dikatakan bertujuan memohon Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah Najib.

Bagaimanapun, beberapa ketua bahagian berkata, perkara itu langsung tidak dibangkitkan, sebaliknya mereka berbincang mengenai masa depan parti dan hal berkaitan pilihan raya umum akan datang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori