Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Tiada Pertemuan Rasmi Fattah,...

KUALA LUMPUR - Pelakon Neelofa menjelaskan tiada sebarang pertemuan rasmi untuk memperkenalkan Fattah...

Indonesia Jamin Tiada Jerebu...

KUALA LUMPUR - Indonesia hari ini memberi jaminan kepada jirannya di rantau ASEAN...

Bekas Juruterbang Tentera Israel...

BAITULMAQDIS - Kerajaan haram Israel dan komander-komandernya adalah merupakan 'penjenayah-penjenayah perang,' kata bekas...

Indonesia Tak Kalah Layari...

Jakarta - Satu daripada laman sesawang lucah paling terkenal dunia, menyenaraikan negara paling...

Peringatan Tok Mat PRU-15 Pertarungan Terakhir

“Ini pertarungan terakhir, hidup atau mati, kalau nak hidup, menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu ucapan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada Konvensyen Wanita BN.

Peringatan Tok Mat itu realistik. Bukan bertujuan menakutkan, tetapi ia adalah realiti yang perlu dihadam.

Bukan sahaja oleh penyokong BN, malah oleh rakyat Malaysia yang pernah tersilap pada PRU-14.

Kata-kata Tok Mat kadang-kala memang berbunyi pahit tetapi lumrah ubat adalah pahit. Gagal makan ubat maka sakit.

Semua sedia maklum BN tewas dalam PRU-14. Kesempatan terbaik untuk bangkit adalah pada PRU-15.

Jika gagal bermakna BN terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk cuba bangkit menguasai kerajaan.

Ini sudah tentu adalah sangat sulit dalam keadaan kuasa dan pengaruh kembali di genggaman pembangkang.

Jangan kata lima tahun. Lima hari pun sudah cukup untuk mereka melakukan onar dan menganiaya.

Harus ingat UMNO pernah cuba dimansuhkan oleh pembangkang yang berjaya menguasai kerajaan.

Begitu juga ramai pemimpin BN dikenakan dengan pelbagai tindakan zalim yang semua sedia maklum.


Rakyat pula terpaksa kembali menanggung huru-hara pentadbiran kerajaan dimenangi pembangkang.

Bayangkan dalam tempoh 22 bulan begitu banyak aset negara dijual, ekonomi merundum, ramai hilang kerja.

Apakah natijah lebih teruk terpaksa rakyat hadapi jika mereka berkuasa untuk tempoh lima tahun lagi?

Bergaduh sesama sendiri, berebut jawatan, berperangai pembangkang walaupun telah jadi kerajaan.

Mengutamakan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat dan negara. Projek LCS dibeku hingga lewat siap.

Kesimpulannya memang benarlah kata Tok Mat. BN mesti menang, kalau tak menang, susah nak bangun semula.

Jadi, ini peluang terakhir untuk BN membuktikan dan bangkit. Kunci kemenangan ada pada jentera BN.

Tok Mat hanya merencana, penggerak adalah jentera BN, manakala penentu adalah rakyat yang akan mengundi.

Jangan tepuk dada tanya selera, tetapi tepuklah kepala dan tanya pada akal.

-Mynewshub

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori