Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Menteri-Menteri Luar ASEAN Kutuk...

KOTA KINABALU Para Menteri Luar ASEAN hari ini mengutuk keganasan dan kekejaman kumpulan...

Polis Buru OKT Lolos...

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang mengesan seorang orang kena...

CAAM Yang Bermasalah, Mavcom...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan keputusan Kementerian Pengangkutan (MoT)...

Kelantan Umum Bonus Raya...

KOTA BHARU - Kakitangan Kerajaan PAS Kelantan akhirnya mendapat berita gembira yang ditunggu-tunggu...

Pindaan Akta Jadikan Menghendap Sebagai Jenayah Dibentang

KUALA LUMPUR – Kepada penghendap, anda perlu berhati-hati selepas ini kerana pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

“Sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap,” menurut naskah biru yang diedarkan di Parlimen.

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, rang undang-undang yang bertujuan meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) turut dibentang.


Menurut Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 itu antaranya, memasukkan bab baharu Xa ke dalam Akta 593 untuk memberi mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat bagi atau dipertuduh dengan kesalahan menghendap di bawah seksyen baharu 507a Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan berkata bacaan kali kedua, kedua-dua rang undang-undang tersebut akan dibentang pada persidangan akan datang.

Sebelum ini terdapat cadangan kerajaan untuk menjadikan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah.

Usaha itu telah dimulakan dengan penubuhan Jawatankuasa Anti-Stalking sejak 2019.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori