Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

50 Peratus Pekerja Diberhentikan...

KUALA LUMPUR - Kira-kira separuh daripada mereka yang kehilangan pekerjaan di Semenanjung tahun...

Gadis Ini Empunya Nama...

JAKARTA - Selepas beberapa individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan,...

Brunei Cipta Rehal Lipat...

BANDAR SERI BEGAWAN - Seorang penuntut Universiti Brunei Darussalam (UBD) bakal mendaftar hak paten...

Tambah Had Siling Pembiayaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan meningkatkan had siling pembiayaan skim jaminan kerajaan di bawah...

Polis Belum Terima Notis Himpunan Protes Mana Kapal LCS?

KUALA LUMPUR – Polis belum menerima sebarang notis berhubung penganjuran himpunan berhubung isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang akan diadakan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di sini pada Ahad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat berkaitan himpunan tersebut, namun polis tidak terima notis dari mana-mana pihak berhubung penganjurannya setakat ini.

“Sehubungan itu, kita menasihati mana-mana pihak atau orang ramai patuhi peraturan dan undang-undang,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Khamis, Jawatankuasa Protes Mana Kapal LCS? dalam kenyataan berkata, protes yang berlangsung pada jam 2 petang itu akan mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan.


Menurut kenyataan itu, antara tuntutan yang dibuat ialah Suruhanjaya Siasatan Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein harus mengambil tanggungjawab penuh dalam skandal itu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori