Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

630 Saman Dikeluarkan Dalam...

LABUAN - Polis Labuan mengeluarkan 630 saman kepada pesalah trafik sepanjang 15 hari...

Israel Setuju Gencatan Senjata...

BAITULMAQDIS - Israel dan Hamas pada Khamis secara rasminya bersetuju mengadakan satu gencatan...

Hanya Orang Gila Talak...

MARANG - PAS menggambarkan pihak yang mengungkit kisah-kisah lama antara parti itu dengan...

Tauke Jambu Tiada Niat...

PELAWAK kumpulan Jambu, Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria tidak mempunyai sebarang...

Polis Digesa Siasat Pihak Tukar Nama Lokasi Google Maps Di Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin mahu pihak polis menyiasat secara terperinci pelaku yang menukar nama beberapa tempat di Sabah kepada Filipina dalam aplikasi Google Maps baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jelasnya, perbuatan itu, yang disifatkannya sebagai tidak baik dan tidak bertamadun, boleh mengelirukan masyarakat di seluruh dunia mengenai kedudukan sesuatu tempat di Sabah.

“Ini memang mendatangkan banyak keraguan dan kebimbangan kepada masyarakat.

“Ini juga boleh menjerumuskan negeri Sabah kepada satu situasi yang tidak baik iaitu masyarakat luar negara mahu pergi ke Sandakan, apabila dicari dalam Google, lokasi itu dikatakan di Filipina,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program bersama peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) (Sabah Land Development Board SLDB) di Kinabatangan, Sabah hari ini.

Sejak beberapa hari lepas, netizen dari Sabah mendapati nama beberapa tempat seperti Lapangan Terbang Sandakan dan Pasar Besar Tawau disusuli dengan nama negara Filipina.

Namun, hari ini didapati aplikasi itu telah menukar semula nama lokasi berkenaan dengan membuang nama Filipina.


Bung Moktar turut meminta polis untuk mengambil langkah sewajarnya terhadap pelaku terbabit.

Sementara itu, pada program hari ini, Bung Moktar berkata LKTNS menjadi agensi penting kerajaan negeri dalam menerajui pembangunan keselamatan makanan Sabah.

“LKTNS telah merancang berbagai perkara untuk diterapkan, khususnya kepada peneroka LKTNS untuk membangunkan tanah mereka dengan pertanian,” katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga berharap peneroka LKTNS di Suan Lamba memanfaatkan tanah mereka bersama agensi negeri itu untuk menghasilkan tanaman yang mampu meraih pulangan besar.

“Walaupun di kampung, tetapi kita perlu urbanisasi minda dalam pertanian supaya kita boleh menuju ke tahap yang mampu mengeluarkan kita daripada belenggu kemiskinan,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori