Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Jalur Gemilang, KLCC Daripada...

IPOH - Lebih 3,000 tempurung kelapa digubah menghasilkan Jalur Gemilang, bangunan ikonik negara...

10 Permainan Paling Popular...

Apabila kita mengimbas kembali kenangan di zaman sekolah, pasti ada kenangan tersendiri bersama...

Pembersihan Sisa Bauksit Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembersihan sisa bauksit di Kuantan, Pahang dijangka selesai awal...

Banjir: 41 Sekolah Tunda...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan 2015 bagi empat sekolah di Kelantan, Pahang (18)...

Polis Sahkan Terima Laporan Kebocoran ‘Dokumen’ Keputusan Kes Najib

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan menerima laporan mengenai dokumen tular yang didakwa kertas keputusan kehakiman berkaitan kes rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

“Ya, ada laporan diterima dan dalam siasatan kita. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau membuat hebahan berita-berita yang tidak benar atau membuat apa-apa perkara yang melanggar undang-undang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mengesahkan draf penghakiman bertulis yang bertajuk Najib Razak’s SRC Appeal: The Judgement didapati bocor.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pendaftar menegaskan ia adalah draf kerja penghakiman yang belum dimuktamadkan lagi, selain dokumen berkenaan diubah suai.


Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Susulan keputusan itu, bekas Perdana Menteri berkenaan, diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori