Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Betty Hampir Buta Akibat...

PELAKON kacukan Melayu-Arab, Betty Banafe berdepan detik cemas apabila hampir sahaja kehilangan penglihatan...

Dedahkan Kandungan TPPA Kepada...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu teks Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik...

Seorang Lagi Bayi Dibuang...

GEORGE TOWN - Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan sebuah...

Ibu Bapa Dinasihat Tak...

JOHOR BAHRU - Ibu bapa di negeri ini dinasihat supaya tidak malu dan...

Polis Tumpas Sindiket Cuci Dadah Lama Sebelum Edar

Johor Bahru : Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi dengan cara mencuci dadah lama dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini, Iskandar Puteri dan Pekan Nenas, Pontian, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 11.15 pagi itu, dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama seorang lagi wanita berusia antara 32 hingga 49 tahun.

Beliau berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menyewa apartment mewah di kawasan berpagar untuk dijadikan tempat penyimpanan dadah.

“Sindiket ini telah beroperasi sejak Mac lalu dan mereka menggunakan tempat ini juga digunakan untuk mencuci dadah.

“Berdasarkan bahan-bahan kimia ditemui kita percaya ada proses pencucian iaitu dari dadah lama untuk dibaharui iaitu jenis ‘ice’ dan syabu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Dalam serbuan itu, beliau berkata, polis merampas 11.13 kilogram syabu bernilai RM400,680; 4.23 kilogram ketamin bernilai RM233,090 serta 139 gram atau 440 biji pil erimin 5 bernilai RM10,425 dan keseluruhan rampasan dadah bernilai RM644,195.

Katanya, polis turut menyita enam kereta bernilai RM346,000, wang tunai RM109,840 dan pelbagai jenis barang kemas bernilai RM7,758.


“Jumlah keseluruhan rampasan dadah serta sitaan adalah lebih RM1.107 juta dan jika dadah ini terlepas ke pasaran boleh digunakan seramai 77,280 orang penagih dadah.

“Kita percaya dadah ini adalah untuk pasaran tempatan, tetapi kita tidak menolak kemungkinan jika mereka mempunyai peluang, memang dia akan membawa ke luar negara,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, suspek warga asing pula turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara kerana memiliki passport dan kad pengenalan yang disyaki palsu.

“Semakan rekod kita juga mendapati suspek warga asing pernah ditangkap dua kali di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 2020,” katanya.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua suspek positif methamphetamine dan hasil semakan juga mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori