Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Dirotan Ustaz: Pelajar...

JOHOR BAHRU - Pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffi yang dirotan pembantu...

Nurul Izzah Minta Maaf,...

Nurul Izzah Anwar yang baru diumum mengekalkan jawatan Naib Presiden PKR hari ini...

Benita Bantu 65 Anak...

KUALA LUMPUR - Seramai 65 penghuni Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Taman Melawati...

Mahkamah: Kes Ibu Lupus...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Selayang hari ini menetapkan 13 Okt untuk sebutan...

Proses Geologi Berangkai Punca Banjir Di Baling

PUTRAJAYA: Banjir puing yang berlaku di 12 kampung di daerah Baling awal bulan lalu sehingga meragut tiga nyawa disebabkan oleh fenomena proses geologi berangkai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Rosli Isa, berkata perkara itu adalah berdasarkan laporan Pasukan Khas Siasatan Bencana Tragedi Baling.

Siasatan yang dilakukan oleh pasukan berkenaan turut mengesan ratusan tanah runtuh kecil yang sudah berlaku sejak lebih 15 tahun lalu.

“Penemuan laporan kajian ini merumuskan bahawa faktor penyebab utama bencana di Sungai Kupang, Baling, Kedah adalah disebabkan fenomena proses geologi berangkai iaitu kejadian tanah runtuh serentak secara meluas di cerun perbukitan granit terluluhawa.

“Ia menyebabkan cetusan hujan lebat melampau dan diikuti pula pembentukan aliran puing, banjir puing dan banjir lumpur serta hakisan di hutan sekunder akibat penukaran guna tanah kepada hutan ladang sejak tahun 2010.

“Ia meningkatkan kadar hakisan di kawasan tanah tinggi membawa kepada perlodakan dan mencetekkan sungai,” katanya dalam sesi taklimat Laporan Kajian Bencana Geologi Banjir Puing 2022 Sungai Kupang, Baling Kedah kepada media, semalam.

Jambatan Kampung Iboi jadi ’empangan sementara’ sekat puing

Rosli berkata, perkara itu diburukkan lagi apabila jambatan Kampung Iboi yang menjadi ’empangan sementara’ ketika banjir puing berlaku sehingga menyebabkan banyak puing pasir dan kayu kayan terkumpul lalu pecah dan menghasilkan kuasa damparan tinggi sekali gus mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda.

“Apabila bahan puing pasir dan kayu kayan sudah terdampar, banjir puing menjadi banjir lumpur yang menyebabkan kerosakan harta benda dan petempatan di hilirnya.

“Kolam takungan air, tandak dan kolam perangkap lodak di sepanjang alur sungai tidak memainkan peranan dalam bencana ini, sebaliknya menjadi mangsa kepada rempuhan aliran puing,” katanya.

Hujan lebat melampau di Gunung Inas

Tambahnya, tragedi itu disebabkan oleh hujan lebat yang melampau yang berlaku di Gunung Inas diikuti pembentukan aliran puing, banjir puing dan banjir lumpur.


“Tanah runtuh menyumbang kepada 0.3 juta meter padu (m³), aliran puing (2.6 juta m³) dan banjir puing 3.3 juta m³.

“Tolok hujan di tanah tinggi Gunung Inas berlaku dan pengukuran curahan hujan di Kampung Iboi menunjukkan 36 milimeter (mm) untuk tempoh tiga jam dan jumlah berkenaan tidak mungkin mencetuskan tanah runtuh mahupun aliran puing.

“Selain itu kolam takungan air untuk kegunaan ladang dan sebagainya yang berada di puncak Gunung Inas juga tidak memainkan peranannya dalam bencana ini,” katanya.

Berikutan itu, beberapa tindakan jangka pendek perlu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun termasuk meminta kerajaan negeri mempertimbangkan sama ada mengekalkan ladang hutan atau dikembalikan menjadi hutan perlindungan.

“Selain kita turut meminta dilakukan pendalaman sungai dan pembersihan puing secara berterusan bagi mengurangkan risiko banjir pasca bencana. Selain itu kita akan laksanakan pemetaan terperinci bencana geologi bencana puing dan pemasangan sistem amaran dan penubuhan Pusat Penyelidikan Bencana Geologi Kebangsaan,” katanya.

Tujuh juta meter padu bahan terdampar di kawasan bencana

Rosli berkata, bencana itu turut mengakibatkan lebih tujuh juta juta meter padu (m3) bahan terdampar di sekitar kawasan bencana.

“Untuk sisa batuan, bongkah batuan dan kerikil dan pasir di kawasan bencana akibat fenomena itu tersangatlah banyak, bongkah terdampar di hulu dan pasir banyak terdampar di Sungai Iboi sehingga beberapa kilometer ke Selatan.

“Bagaimanapun, di kawasan atas kita belum sempat membuat perkiraan namun dianggarkan sekitar dua hingga tiga juta padu bongkah besar yang masih terdampar. Namun, jangan risau kerana bongkah berkenaan tidak ‘boleh bawa turun’ dengan banjir biasa.

“Jika berlaku pun (banjir biasa), ia akan bergerak beberapa meter dari tempat asal, hanya pasir dan tanah sahaja akan turun. Bongkah ini akan kekal di sana sehingga berlakunya kembali aliran puing akan datang yang berlaku dalam tempoh 50 hingga 200 tahun lagi,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori