Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Lima Remaja...

SAINT PETERSBURG, Rusia –Sekumpulan lima remaja berdepan risiko dihukum penjara selepas menceroboh kawasan...

Myanmar Tarik Diri Sebelum...

KUALA LUMPUR : Skuad negara tidak perlu mengeluarkan peluh pada aksi pertama Kejuaraan...

Tak Bayar PTPTN, Saya...

KUALA LUMPUR - Bekas Perana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan...

Tun M Ragu-Ragu, Wawasan...

Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wawasan 2020 yang ideanya dicetuskan...

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

BEIJING: Seramai 150 penuntut Malaysia kembali ke China untuk melanjutkan pengajian masing-masing pada pertengahan bulan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, berkata majoriti mereka adalah pelajar universiti di Shanghai dan bandar sekitar.

Beliau berkata, pihaknya gembira melihat situasi itu dan ia disifatkan sebagai perkembangan amat positif, selain turut menyambut baik usaha Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur memulihkan proses pengesahan visa bagi pelajar Malaysia.

Nushirwan berharap dengan pemulihan proses itu, lebih ramai pelajar dari Malaysia dapat kembali ke China.


Beliau berkata demikian kepada Kumpulan Media China (CMG), di sini, baru-baru ini.

Untuk rekod, sebelum tercetusnya wabak COVID-19, terdapat kira-kira 8,000 hingga 9,000 pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian peringkat tertinggi ke pelbagai universiti di China.

Minggu lalu, Kedutaan Besar China di Singapura, Thailand, Myanmar dan beberapa negara lain turut memulihkan pengesahan visa bagi memudahkan pelajar menyambung kembali pengajian.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori