Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Armada Tidak Wujud Dalam...

KENA TIPU... Usia baru setahun jagung, namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah...

Konsert Ambang Tahun Baru...

Menerusi saluran media sosial Facebook, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Ambank Group mengumumkan program...

Ketum: Tak Semua Isu...

CYBERJAYA - Tidak semua perkara boleh diselesaikan melalui fatwa, kata Timbalan Menteri di...

Syria Rekodkan Kes Pertama...

AMMAN - Kerajaan Syria mengesahkan kes pertama koronavirus baharu (Covid-19) selepas seminggu menafikan...

PRU15: BN Mahu Bergerak Secara Underdog

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mahu bergerak secara underdog (bukan pilihan) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana landasan yang diletakkan pada pilihan raya umum itu nanti adalah berdasarkan pada prestasi PRU14.

Justeru, katanya, BN perlu mengusahakan lebih daripada apa yang komponen itu peroleh pada pilihan raya umum lalu.

“Kita (tetap) usahakan ke arah untuk dominan walaupun merupakan parti underdog yang diserang dari pelbagai sudut,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Konvensyen Wanita di Pusat Dagangan Dunia, di sini.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau menjangkakan PRU15 diadakan pada tahun ini.

Katanya, ini kerana banyak indikator yang mempengaruhi perkara itu.

“Dan saya rasakan kesiapsagaan semua jentera BN di seluruh peringkat sudah dimulakan.

“Kita juga merasakan bahawa tahun depan tidak berapa sesuai diadakan (PRU15) oleh kerana faktor ekonomi dan kadar inflasi yang akan bertambah dan saya fikir tahun ini adalah paling sesuai untuk kita adakan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori