Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Terlalu Banyak Cukai Untuk...

Dalam satu wawancara bersama sebuah stesen TV tempatan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad...

‘Saya Sangat Trauma &...

SUNGAI PETANI - "Saya sangat trauma dan fobia," itu luahan rasa Naim Awang,...

Tengku Hassanal Dimasyhur Tengku...

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota...

Aidil, Safiq Umum Bersara...

JOHOR BAHRU - Kapten skuad Harimau Malaysia, Safiq Rahim dan pemain pertahanan negara,...

Pulau Pinang Negeri Pertama Rakan Kongsi Rasmi MATTA Online

GEORGETOWN : Pulau Pinang menjadi negeri pertama sebagai rakan kongsi rasmi MATTA Online yang merupakan aplikasi pasaran pelancongan bagi mengembangkan industri pelancongan negeri itu menerusi platform dalam talian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, langkah itu adalah inisiatif kerajaan negeri untuk mengaktifkan semula industri pelancongan dan sebahagian inisiatif pendigitalan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang.

Kata beliau, pihaknya optimis kerjasama bersama MATTA Online itu membantu industri pelancongan Pulau Pinang dengan menawarkan alternatif kepada pelancong untuk menempah penginapan.

”Ia juga mengembangkan lagi aktiviti promosi melalui pelbagai platform e-dagang yang menjadi semakin penting sejak wabak Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran Penang Partners With Mattaonline.Travel di sini, hari ini.

Pada 22 Jun lalu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan MATTA Online bagi membolehkan ahli MATTA memasarkan terus produk mereka kepada pengguna selaras dengan peningkatan permintaan rakyat untuk perjalanan domestik dan luar negara.


Menurut Soon Hin, usaha memperkenal MATTA Online itu adalah untuk menyokong ejen pelancongan kecil dan sederhana dari segi pemasaran serta kontrak dengan pengguna.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, melalui MATTA Online pihaknya telah menjana lebih 500,000 jualan sejak platform itu dilancarkan sebulan lalu.

“Dengan pengumuman terbaharu kerajaan yang membuka semula perjalanan antarabangsa, pemain pelancongan bertindak balas secara positif dan bersemangat untuk mempromosikan produk dan tarikan mereka termasuk menerusi MATTA Online.

”Kami yakin MATTA Online berupaya mempromosikan Malaysia khususnya Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan yang terbaik kepada pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori